Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2012

Anggapan Seksyen 114(a) Akta Keterangan 1950, sejauh mana kesan undang-undang dan kepada Masyarakat.

sumber: http://loyarberjurus.blogspot.com Salam, Jenis perbicaraan adversarial yang dipraktikkan dalam sistem kemahkamahan kita mempunyai hubungkait yang erat dengan taktik-taktik atau jurus-jurus yang digunapakai oleh kedua-dua pihak yang bertentangan; pendakwaan dan pembelaan. Dalam masa 'trial by ambush' yang cuba dielakkan bagi menjamin pertarungan yang berlangsung di atas padang yang sama rata (same level playing field) seperti pengenalan Seksyen 51A Akta Keterangan; ini tidak bermakna strategi- strategi untuk memenangi kes sudah tidak relevan lagi. Waima pesat sekalipun usaha mensivilkan kes jenayah (seperti pengenalan witness statement), advocacy skill masih menjadi trait atau karakter penting bagi peguam kes jenayah. Jika disedari atau tidak, undang-undang yang digubal seringkali dimasukkan lebih awal beberapa senjata ampuh atau arsenals  kepada pihak pendakwaan yang membantu dalam proses pembuktian kes. Senjata ini dipanggil anggapan (presumption). Se