Skip to main content

MITIGASI PERINGANAN HUKUMAN PERTUDUHAN DI BAWAH SEKSYEN 15(1)(A) AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 BAGI KAKITANGAN KERAJAAN


1) PENGAKUAN SALAH TERTUDUH

Pengakuan salah tertuduh adalah atas dasar menyesal, insaf dan rasa bersalah tertuduh di atas apa yang telah berlaku. Walaupun tertuduh hanya mengaku bersalah selepas beberapa kali kesnya ditetapkan untuk perbicaraan, pengakuan bersalahnya itu masih relevan. 

Pengakuan salah ini sudah pastinya dapat menjimatkan masa, tenaga, kos Mahkamah, saksi-saksi dan pihak-pihak lain di dalam perbicaraan, serta memudahkan pihak-pihak daripada melalui proses perbicaraan yang sudah pastinya panjang dan keadilan juga boleh terlaksana dengan tindakan sedemikian

[Nas Rujukan] :- PP LWN. LEE LAI CHOI, [2009] 1 CLJ 312


2) FAKTOR KERJA DAN KERJAYA MASA HADAPAN

Jika tidak tertuduh tidak bekerja, keluarga tertuduh akan menghadapi masalah keawangan dan kemungkinan besar perlajaran dan persekolahan adik-adik tertuduh akan tergangu. Ini mengambarkan tertuduh bukanlah seorang pesalah muda yang tidak bertanggungjawab, namun mempunyai potensi untuk menjadi warganegara dan seorang pekerja yang berdidikasi dan bersunguh-sunguh.

Oleh itu, tertuduh mengharapkan sekiranya beliau diberikan hukuman di bawah seksyen 173A Kanun Prosedur Jenayah, beliau masih berpeluang untuk memohon mana-mana kerja di sektor kerajaan seperti tentera, pasukan bomba dan lain-lain yang berkaitan dan itulah yang telah dirancang oleh tertuduh.Namun, jika tertuduh dijatuhi hukuman yang menyebabkan tertuduh mempunyai rekod jenayah, ini sudah pasti membuatkan tertuduh kehilangan peluang untuk mencari kerja di masa hadapan.




3) TERTUDUH MEMPUNYAI TANGGUNGJAWAB YANG BESAR TERHADAP KELUARGA DAN TERTUDUH AKAN BERKAHWIN TIDAK LAMA LAGI.


Tertuduh selepas kes di hadapan Mahkamah ini selesai akan melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya dan ingin memulakan kehidupan baru bersama-sama. Oleh itu, tanggungjawab tertuduh sudah pasti semakin besar sebagai seorang ketua keluarga. Jika tertuduh dikenakan hukuman yang berat atau mempunyai rekod jenayah, ini sudah pasti membuatkan tertuduh sukar untuk mencari pekerjaan yang baik bagi beliau menampung keluarga barunya

Tertuduh juga kini dalam proses untuk mengumpul wang belanja perkahwinanya dan ini dilakukan tertuduh dengan penuh sabar. Tertuduh mengharapkan beliau akan dapat memohon jawatan lain di sektor kerajaan bagi membolehkan beliau memperolehi pendapatan yang agak baik dan membolehkan belanja serta persiapan perkahwinanya dapat disempurnakan dengan secepat yang mungkin.

Namun, jika tertuduh dikenakan hukuman yang berat dan menyebabkan tertuduh mempunyai rekod jenayah, ini sudah pasti menyebabkan tertuduh akan gagal di dalam menyiapkan persiapan perkahwinanya dan berkemunkinan juga perkahwinan tersebut gagal dilangsungkan. Ini sudah pasti akan memberikan tekanan kepada tertuduh dan menyebabkan hidup tertuduh terumbang-ambing. Ini bukanlah apa yang diharapakan oleh Mahkamah dan juga falsafah di sebalik sesuatu hukuman.

                     [Nas Rujukan]:- WONG VOON LOONG LWN. PP, [2002] 1 LNS 489,


4) UMUR TERTUDUH YANG MASIH MUDA DAN PESALAH PERTAMA [TIADA REKOD JENAYAH]

Adakah ‘wajar’ bagi tertuduh yang buat pertama kalinya tersilap langkah di umur yang muda ini dikenakan satu hukuman yang akan ‘mengelapkan’/membantutkan’ masa depannya?

Merujuk kepada kes RAJA IZZUDDIN SHAH V PP [1978] 1 LNS 165 , dimana  Mahkamah yang mulia telah menyatakan bahawa “...that the public interest is in no way better served by committing the appellant to prison.  The primary purpose of punishment is reformatory …………………..” 

Dihujahkan  bahawa kepentingan awam masih tetap terpelihara sekiranya Mahkamah memerintahkan tertuduh diikat jamin untuk berkelakuan baik di bawah seksyen 173A Kanun Acara Jenayah. Ini kerana di dalam tempoh tertuduh berada di bawah perintah supaya berkelakuan baik itu, tertuduh perlu sentiasa berwaspada daripada melakukan sebarang kegiatan jenayah lain. Jika tidak, tertuduh bukan sahaja akan dituduh atas kesalahan yang baru dilakukannya tetapi juga akan dihadapkan semula ke mahkamah untuk dituduh di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 dan wang jaminan yang ditetapkan oleh Mahkamah akan dilucuthakkan.



**** Tertuduh di dalam kes ini merupakan seorang kakitangan awam(kerajaan). Selepas rayuan oleh Peguam,  Mahkamah membenarkan hukuman berkelakuan baik di bawah seksyen 173A Kanun Acara Jenayah. Ini membolehkan tertuduh tidak dikenakan sebarang rekod jenayah dan boleh meneruskan kerja seperti biasa.


Comments

Super Mama Ain said…
salam saya nak tanya..
kalau suspek tu dituduh bawah sek. 39b sekarang ditahan reman, adakah selepas ini dibicara di mahkamah dan boleh dijamin atau masih sambung reman lagi?dan tertuduh adalah pekerja kerajaan.
tertuduh tidak melakukan perbuatan tersebut tetapi tertuduh pergi ke tempat tersebut ketika serbuan dibuat dan tertuduh dikatakan terlibat sekali kerana barang tersebut ada di tempat tersebut.
harap en. dapat terangkan..terima kasih.
Adilla Zainudin said…
Salam tuan... boleh sy dapatkan full citation bagi kes ini? untuk sy submit mitigation dlm kes sy.. section 15(1).. kakitangan awam...
Ahmad Deniel said…
Untuk Puan Adilla.

Kes ini di peringkat mahkamah Majistret, maka tiada citation kerana tidak dilaporkan.

lanjut boleh hubungi saya melalui email.

Terima kasih
Unknown said…
Salam tuan
Ada abg sepupu kena tangkap atas dua kes..kes prtma 15(a)..yg kedua belum dapat diketahui kerna masih d syaki..beliau di syaki menymar sbgai penjawat awam..blm ada bukti kukuh..ketika kejadian beliau sedang berehat d kereta..tiba2 polis dtng n beliau trus d gari..kereta d bawa ke balai..phk polis membrtahu bhwa kereta itu dbgunakan untk tjuan penyamaran..bgmna pendapat tuan..adakah kes ni boleh d sabitkn ke atas beliau..apa yg dpt dilakukan untk membela beliau..kerna mmg beliau tdk bersalah
Unknown said…
Salam tuan
Ada abg sepupu kena tangkap atas dua kes..kes prtma 15(a)..yg kedua belum dapat diketahui kerna masih d syaki..beliau di syaki menymar sbgai penjawat awam..blm ada bukti kukuh..ketika kejadian beliau sedang berehat d kereta..tiba2 polis dtng n beliau trus d gari..kereta d bawa ke balai..phk polis membrtahu bhwa kereta itu dbgunakan untk tjuan penyamaran..bgmna pendapat tuan..adakah kes ni boleh d sabitkn ke atas beliau..apa yg dpt dilakukan untk membela beliau..kerna mmg beliau tdk bersalah

Popular posts from this blog

Seskyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, apa peluang untuk bebas?

Sebagai peguam, kes di bawah seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, adalah di antara kes yang 'kebiasaanya' anak guam/tertuduh akan mohon bicara disebabkan hukuman minimum yang ditawarkan/ditetapkan di bawah Akta  dadah Berbahaya 1952 adalah mandatori penjara dan sebat, iaitu minimum 2 tahun penjara dan 3 sebatan. Tiada denda boleh ditawarkan atau penjara tanpa sebatan. Ada anak guam yang rela mengaku salah dan ada juga yang mohon bicara dek hukuman sebatan yang mengerunkan untuk dihadap. Namun, bagi 'orang lama' @ otai, kadangkala hukuman sebatan bukan isu besar, janji hukuman penjara seminimum mungkin. Jika ditanya kepada peguam, apakah ada peluang untuk menang kes bagi kesalahan-kesalahan ini? Selalunya, sebagai peguam yang profesioanal, tiada sebarang jaminan mutlak dapat/wajar diberikan, kerana ia bergantung kepada fakta kes dan bagaimanakah kes tersebut dibawa oleh pihak Pendakwaan. Sekiranya pasukan polis/IO menjalankan siasatan yang lengkap d

'Tarik balik' Laporan Polis, mestikah kes Pengadu tersebut digugurkan di Mahkamah?

'Tarik balik' Laporan Polis, mestikah kes Pengadu tersebut digugurkan di Mahkamah? 1) Ada kefahaman dalam Masyarakat awam bahawa,  di dalam sesuatu kes Jenayah yang dituduh di Mahkamah, jika pengadu/mangsa 'tarik balik' laporan polis yang menjadi asas kes tersebut, maka kes tersebut wajib akan digugurkan oleh pihak Pendakwaan.   2. Jawapannya, adalah tidak semestinya. Ia kuasa budibicara mutlak pihak Pendakwaan sama ada nak teruskan kes atau tidak. Ada banyak pertimbangan lain yang dipertimbangkan, termasuklah status pengadu/mangsa yang tidak berminat meneruskan kes. 3). Sebenarnya, terma yang lebih tepat bukanlah 'tarik balik' laporan  polis, tetapi adalah 'tidak berhasrat untuk' meneruskan kes tersebut. Jika dikatakan tarik balik laporan polis, seolah olah laporan polis yang dibuat sebelum ini adalah tidak tepat atau palsu. Ia boleh membawa kepada kesalahan membuat laporan polis palsu pula jika kurang berhati hati di dalam perkara ini. 4).Contoh Lapora

Seksyen 39 A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kepada seksyen 12(2) ADB 1952 [Heroin 3.74 G]

Alhamdulilah, permohonan anak guam, seorang pesalah muda bagi mengurangkan pertuduhan dari seksyen 39 A(1) ADB 1952 kepada s. 12(2) ADB 1952 diterima pihak DPP. Anak guam mengaku salah dan dikenakan hukuman denda. Jika tidak hukuman sebat berat bakal diterima.  Antara tugas peguam sepatutnya menyelia sesuatu kes agar the best interest of client akan terlaksana. Tidak perlu teruskan dengan trial jika kesan dan akibatnya lebih memudaratkan client. Terima kasih kepada Pihak Pendakwaan Johor atas ehsan dan budibicara kepada anak guam.